Thursday 4 January 2018

Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum

PAJSK Online merupakan Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum yang diwajibkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). PAJSK ini adalah pentaksiran yang perlu diambil oleh semua murid sekolah rendah dan menengah.
Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum ini dibangunkan bagi kemasukan prestasi berlandaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru. Sistem ini dibangunkan secara atas talian bagi memudahkan pihak berwajib (guru) untuk memasukkan data dengan cepat dan efisien.
PAJSK ini adalah khas untuk pentaksiran bukan data murid semata-mata. Ianya mempunya 3 komponen asas penilaian.

PAJSK Online

Untuk login ke Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum ini bagi membuat semakan markah kokurikulum atau mengemaskini data baru kita hanya perlu ke login dibawah.
Klik untuk Login ke Sistem Pentaksiran


3 Komponen PAJSK KPM

  1. SEGAK dan BMI (Body Mass Index)
  2. Kokurikulum
  • Sukan/Permainan
  • Kelab/Persatuan
  • Badan Beruniform
3. Ekstra Kurikulum

Komponen yang di Taksir dalam PAJSK

Pentaksiran ini melibatkan pelaporan dan aktiviti atau penglibatan murid. Segak & BMI contohnya hanya melibatkan guru melaksanakan ujian di sekolah. Manakala kokurikulum dibahagikan kepada sukan permainan, kelab persatuan, dan badan beruniform, lebih kepada aktiviti kokurikulum murid pada waktu kokurikulum di sekolah.
Ekstra kurikulum pula sedikit berbeza, ianya seperti sahsiah murid dalam penglibatan aktiviti kemasyarakatan atau kerja sukarela. Mari kita lihat gambar dibawah untuk lebih memahaminya.
3 komponen pajsk
3 komponen pajsk
Dari segi pemarkahan PAJSK, setiap modul ini memberi markah yang berlainan. Contohnya seperti berikut.
pemarkahan pajsk
pemarkahan pajsk pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum
Ya, begitulah secara mudahnya contoh pembahagian pentaksiran PAJSK ini. Oleh sebab itu, ibubapa terutama perlu paham bertapa pentingnya penilaian PAJSK ini kerana sebenarnya ianya turut menyumbang markah dalam penempatan murid untuk ke IPTA.

Cara Pengiraan Markah Sukan & Kokurikulum

Seperti yang Sistem Guru Online nyatakan, markah PAJSK anda sangat penting kerana ianya memberi credit 10% untuk pelajar ke IPTA. Contoh kepentingan markah ini adalah seperti dalam situasi berikut;
  1. Siti Soleha binti Din
  • Keputusan SPM 8A+ 1A
  • Memohon UPU Online Program Asasi Perubatan di UIA
  • Cemerlang PAJSK dengan markah 9.5%
2. Nurhafiza binti Mahmud
  • Keputusan SPM 8A+ 1A
  • Memohon UPU Online Program Asasi Perubatan di UIA
  • Keputusan PAJSK hanya membawa markah 4.5%
Persoalan mudah, jika pada tahun ini penempatan ke IPTA sangat hebat saingannya kerana ramai yang cemerlang dalam SPM lalu maka hanya tinggal 1 sahaja penempatan di UIA untuk program asasi perubatan. Anda rasa siapa yang akan terpilih?
Baiklah untuk lebih nampak lagi cara pengiraan markah ini mari kita memahami gambaran pengiraan markah PAJSK ini.
Pengiraan Markah dalam PAJSK
Pengiraan Markah dalam PAJSK

Kesimpulan

Diharap apa yang dikongsikan oleh kami ini dapat membuka mata murid dan ibubapa sekalian tentang pentingnya murid semua untuk aktif dalam bidang kokurikulum kerana ianya membantu mereka untuk penempatan IPTA nanti.
Selain itu, PAJSK juga memberikan kesedaran kepada murid untuk hidup dalam gaya hidup yang sihat. Kesihatan perlu diutamakan dan barulah badan cergas otak bijak.
Rujukan : Sistemguruonline

No comments:

Post a Comment